Katy Perry & John Mayer semakin intim

21 Sep Penyanyi dan pelakon, Katy Perry tampaknya semakin serius menjalin hubungan dengan John Mayer. Buktinya, pelantun 'Part Of Me' ini telah menyerahkan kunci rumahnya di Los Angeles, California kepada kekasihnya itu.

Kedua-dua pasangan ini tinggal berjauhan dimana John tinggal di New York manakala Katy tinggal di LA, oleh kerana itu Katy memberi kunci rumahnya kepada John untuk tinggal bersamanya jika berkunjung ke LA.

"Menurut John, dia lebih suka menginap di hotel daripada di rumahnya di LA. Tapi Katy mahu John tinggal bersamanya," kata satu sumber kepada The Sun.

Walaupun keluarga dan rakan-rakan Katy turut gembira kerana Katy sudah boleh melupakan bekas suaminya, Russell Brand, namun mereka mengingatkan Katy untuk tidak terburu-buru dalam menjalin hubungan dengan pelantun 'Your Body Is a Wonderland' itu.